Khamis, 17 Januari 2013

2.0 KAJIAN AWAL


1.1  Kajian Yang dilakukan

·         Kami telah membuat kajian di pasar malam dan di tepi-tepi jalan antara Lubok Jong hingga Tendong
·         Mengikut kajian kami belum ada lagi pengupas kulit tebu seperti projek kami.
·         Mereka banyak menggunakan pisau atau parang untuk mengupas kulit tebu


1.2       Perbezaan kaji selidik antara Lubok Jong & Kasar
Kawasan
Lubok Jong – Gual Periuk

Kasar – Kubang Sepat
Masa meraut tebu ukuran 3’
120 saat
60 saat
Kekerapan berlaku kecederaan
Kerap berlaku cedera pada tangan
Tiada kecederaan
*hanya cedera kerana tebu yang telah diraut
Pengalaman
Sudah lebih lima tahun
Baru 3 tahun
Peralatan
Parang
Pisau
Pendapat
·         Kalau tidak buang kulit dengan bersih air tidak jadi sedap.
·         Air jadi hitam
·         Kalau buang kulit  dengan bersih hampas jadi hancur dan boleh buat kali kedua
·         Ia akan menyebabkan debu dalam mesin

1.0 PENGENALAN


1.1 Sejarah Ringkas Tebu.
Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.
Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru).
Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican,Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.
Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.
Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.



1.2    Pengenalan Projek
Seiring dengan peredaran masa, perkembangan teknologi telah mendorong manusia berusaha untuk tambahkan ilmu pengetahuan mereka agar tidak ketinggalan dan mampu bersaing di arena global. Keadaan ini telah meningkatkan keperluan hidup manusia dan pelbagai rekacipta baru perlu dihasilkan untuk memenuhi permintaan.
Projek yang akan dihasilkan merupakan salah satu daripada perkembangan teknologi iaitu ‘Sugar Cane Peeler’, dimana ia berfungsi sebagai kemudahan untuk pengguna khususnya kepada peniaga air tebu. Pelbagai aspek telah dikaji dari segi  permasalahan yang penggunaan cara pengendalian,kesesuaian rekabentuk keselesaan pengguna dan keselamatan.
Tinjauan demi tinjauan dilakukandari pelbagai sudut antaranya kesesuian tempat yang dipasang atau diletakkan,faktor-faktor keselamatan khususnya pengguna dan alat yang digunakan.



1.3  Objektif Projek
·         Direka khas bagi membuang kulit tebu.
·         Boleh berubah-ubah saiz mengikut saiz diameter tebu
( kerana saiz tebu tidak semuanya sama )
·         Bagi memudahkan proses pemotongan kulit atau duri tebu. Kami menggunakan konsep pengasal pensel iaitu mata alat boleh membesar dan mengecil mengikut diameter yang dikehendaki.
·         Menghasilkan alat meraut tebu secara manual.

1.4  Penyataan Masalah
·         Menggunakan tenaga yang lebih.
·         Kekerapan berlaku kecederaan pada tangan.

1.5    Skop Projek
·         Mata alat boleh mengembang dari diameter 20mm hingga 40mm
·         .Ketinggian antara 2’ hingga 3
·         Menggunakan tenaga manusia menolak tebu.

                   1.6    Sasaran Projek
·         Peniaga air tebu
·         Pengusaha tebu 

1.7       Kelebihan Projek
·           Dapat meraut kulit tebu dengan mudah.
·           Menggelakkan kadar kecederaan tangan pengguna.