1.1 Sejarah Ringkas Tebu.
Tebu merupakan dari
keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan
sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan
airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di
India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang
batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna
kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang
Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol.
Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh
orang-orang Sepanyol.
Tebu
telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber
ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran
utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan
Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu
berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali
Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun.
[Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan,
dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru).
Tebu
Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di
USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri
gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados,
Repbulik Dominican,Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri
tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal
dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.
Penanaman
tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika,
terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan
ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang
Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia
sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya
menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan
banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.
Brazil
merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan
juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api
gasohol dan biodiesel.
1.2 Pengenalan Projek
Seiring
dengan peredaran masa, perkembangan teknologi telah mendorong manusia berusaha
untuk tambahkan ilmu pengetahuan mereka agar tidak ketinggalan dan mampu
bersaing di arena global. Keadaan ini telah meningkatkan keperluan hidup
manusia dan pelbagai rekacipta baru perlu dihasilkan untuk memenuhi permintaan.
Projek
yang akan dihasilkan merupakan salah satu daripada perkembangan teknologi iaitu
‘Sugar Cane Peeler’, dimana ia
berfungsi sebagai kemudahan untuk pengguna khususnya kepada peniaga air tebu.
Pelbagai aspek telah dikaji dari segi
permasalahan yang penggunaan cara pengendalian,kesesuaian rekabentuk
keselesaan pengguna dan keselamatan.
Tinjauan
demi tinjauan dilakukandari pelbagai sudut antaranya kesesuian tempat yang
dipasang atau diletakkan,faktor-faktor keselamatan khususnya pengguna dan alat
yang digunakan.
1.3 Objektif Projek
·
Direka khas bagi membuang
kulit tebu.
·
Boleh berubah-ubah saiz
mengikut saiz diameter tebu
( kerana saiz tebu tidak semuanya sama )
·
Bagi memudahkan proses
pemotongan kulit atau duri tebu. Kami menggunakan konsep pengasal pensel iaitu
mata alat boleh membesar dan mengecil mengikut diameter yang dikehendaki.
·
Menghasilkan alat meraut
tebu secara manual.
1.4 Penyataan Masalah
·
Menggunakan tenaga yang
lebih.
·
Kekerapan berlaku kecederaan
pada tangan.
1.5 Skop Projek
·
Mata alat boleh mengembang
dari diameter 20mm hingga 40mm
·
.Ketinggian antara 2’ hingga
3
·
Menggunakan tenaga manusia
menolak tebu.
1.6
Sasaran Projek
·
Peniaga air tebu
·
Pengusaha tebu
1.7 Kelebihan Projek
·
Dapat meraut kulit tebu
dengan mudah.
·
Menggelakkan kadar
kecederaan tangan pengguna.